Thursday, 25 July 2013

Bab 3 (Topologi Rangkaian)






-Berikan pandangan dan pendapat mengenai gambar rajah di atas.


Bab 3  (Topologi Rangkaian)


Objektif Pembelajaran


- Mengenal pasti definisi dan melukis sekurang-kurangnya 3 jenis topologi rangkaian dengan tepat dan betul.

- Menyenaraikan secara bertulis sekurangnya-kurangnya 3 kelebihan dan kelemahan bagi setiap jenis topologi rangkaian bas, gelang dan bintang dengan tepat dan betul.

- Pelajar akan dapat menerangkan secara bertulis sekurang-kurangnya 3 perbezaan bagi setiap topologi rangkaian bas, gelang dan bintang dengan tepat dan betul.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Definisi Topologi Rangkaian


Merujuk kepada cara susunan atau konfigurasi fizikal komputer dengan komputer yang lain atau peranti lain di dalam sesuatu rangkaian. 


Jenis-Jenis Topologi

1) Bus




2) Gelang/Cincin





3) Bintang



Topologi Bus


•    Merupakan antara jenis topologi yang asas, mudah dan murah.

•    Rangkaian yang menggunakan wayar koaksial.

• Dihubungkan dengan satu kabel tunggal (backbone) yang menghubungkan diantara semua komputer dan peranti-peranti lain. Ia mempunyai satu titik permula dan penutup (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel.


Contoh : pejabat, kediaman dan institusi  yang kecil (jumlah pengguna yang sedikit)



Kelebihan dan Kekurangan Topologi Bus





Topologi Gelang


•   Semua nod dihubungkan kepada dua komputer yang bersebelahan dengannya untuk membentuk satu rangkaian berbentuk bulatan tertutup.

•  Setiap terminal dalam rangkaian  sangat bergantung di antara satu sama lain. Jika salah sebuah terminal rosak  atau bermasalah seluruh rangkaian tidak dapat berfungsi.

•  Data yang dihantar mesti melalui  dari satu terminal ke terminal yang bersebelahan sehinggalah sampai ke terminal destinasi sebenar.

•  Apabila data yang dihantar sampai ke terminal, isinya akan diambil/dibaca dan segera dihantar ke terminal bersebelahan.

•  Kurang digunakan kerana sukar untuk menambah upaya sesebuah rangkaian .



Kelebihan dan Kekurangan Topologi Gelang



Topologi Bintang 

•  Digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada pengunaan komputer pelanggan-pelayan (client-server)

•  Ia menggunakan perkakasan pusat iaitu hub atau switch yang berfungsi sebagai penyambung kepada komputer.

•  Apabila sesebuah stesen kerja atau komputer peribadi pada rangkaian tersebut menghantar mesej serta isyarat ianya akan dihantar dahulu kepada hub. Hub akan memproses dan kemudiannya menghantar secara terus kepada komputer peribadi.

•  Topologi ini agak stabil serta mudah diuruskan kerana ia berteraskan kepada penggunaan hub, kerosakan pada mana-mana terminal serta komputer peribadi tidak akan memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian tersebut.

•  Namun, jika ada hub mengalami masalah, keseluruhan rangkaian tidak dapat digunakan.


Kelebihan dan Kekurangan Topologi Bintang




Releksi Minda (Video)




Peta Minda 





Aktiviti

(1) Nyatakan perbezaan di antara tiga jenis Topologi Rangkaian

Lakaran Topologi
Struktur
Kerosakan Nod
Tambah/Buang Nod
Pengembangan Rangkaian.

(2) Berikan pendapat dan pandangan anda mengenai pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.